THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 17 Disember 2009

Aku Kembali


Akhirnya koneksion internet berjaya disambung oleh org-org kat celcom

(ed kerja kat celcom kerr...)

Kembalinya aku ke dunia komputer setelah sekian lama dihalang oleh mak aku

Tapi apa yang plg best skali EXAM OVERRRRRR.....


(apeke bendenyerr tu...keadaan aku slps exam)

Sekarang aku dah boleh tido atas buku-buku aku huah...huah...huah...


Bolehla aku tgk tv dgn senang hati

online dgn senang hati

dan lain-lain lagi dgn senang hati

aku boleh enjoy tp utk bln ni jerrr...Lepas tu kena cari kerja la

Aku tak da nak cita apa sbb tgh kosong kepala aku nih

skrg ni aku dok tgh sibok buat kerja lain

(sibuk dok atur menu nak makan kat penang)

SAYONARA


current mood

Khamis, 22 Oktober 2009

Aku akan Lenyap buat sementara


Untuk menghadapi STPM yang baka
l aku hadapi

Aku akan mematikan sementara blog ini

Aku akan kembali lepas STPM

Insyallah...Insyallah

Tapi aku naka tulis gak sesuatu sblm aku menidurkan blog aku

Aku nak bagitau salah satu anime yang aku suka iaitu...


SHAKUGAN NO SHANA
EDISI 'SECOND'

Aku memang suka anime ni pasai watak2 dia comei2 espasially Shana

Cita ni pasai api saja dan err...cinta

cita ni ada macm spesis power api ada yg merah, perak, ungu, dll

Shana punya power, api merah

Err...stakat tu saja aku blh cita sikit ttg Shakugan No Shana Second

CEPAT TUMPUKAN PERHATIAN DI PAPAN HITAM JANGAN NAK TIDO AJA
Well aku nak bagi menate aku ni tido dgn bagi ubat pelali

sukkkh....toin..."adoiiii...err ngantoknya ahh...mcm tak boleh nak gerak...baik aku tid....ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...-_-z" kata blog aku.


Current Mood

Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Eudulfitri



Wah sudah sebulan kita berpuasa ya

Akhirnya kita menyambut hari kemenangan kita

Hari Raya Aidilfitri

Apakah yang dimaksudkan dengan Aidilfitri?

Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah

Sebenaqnya kita ni umpama komputerlah

Komputer yang kena virus

Biasalah kalau kena virus lambat nak buat kerjalah, lambat nak bukaklah, dan macam2 lagi yang lambat

Apa kaitannya dengan kita ialah, sebelum Ramadhan kita selalu semayang lambatlah, lambat nak buat amal ibadat...(aku ler tu -_-"), kadang2 terus tak semayang, sebab tulah aku anggap kita macam komputer

Tapi komputer ada anti-virus

Samalah jugak dengan kita iaitu anti-virus yang terhebat iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK

Time Ramadhanlah kita buat macam2 ibadat, umpama mengajar kita utk semayang slalu, buat banyak amal jariah, dan lain2 lagi

Bila kita diantiviruskan oleh Ramadhan kita mula kembali kepada fitrah yang sebenaqnya

Sebab itulah ia dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfitri

Hmmm...bila mai time raya tu dia macam2 perkara yang berlaku

Apa yang paling best skali time makan ketupat la

Makan ketupat dengan rendang mak aku buat perghhh...

Macam2 spesis biskut pun ada, sampai tak terkira banyaknya

Apa yang paling best ialah ziarah-menziarahi

main bunga api (mercun tak bley mak aku tak bagi)

Apa yang penting sling bermaaf-maafan

OLEH ITU, AKU NAK MINTA AMPUN DAN MAAF ZAHIRIAH DAN BATINIAH DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI KEPADA KELUARGAKU, MEMBER-MEMBERKU, CIKGU-CIKGU YANG MENGAJARKU SELAMA AKU HIDUP, DAN KEPADA PARA PEMBACA BLOG NIH, JIKA BERKELAKUAN YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN, CAKAP YANG TAK SEPATUTNYA DICAKAPKAN, DAN TULIS APA YANG TIDAK SEPATUTNYA TULIS





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KHAS DARI AKU SENDIRIK

Current Mood

Sabtu, 22 Ogos 2009

Perodua Kelisa Lawan Dr. Bore




Masa aku dok merayau kat Paultan aku terjumpak satu klip video pasai Perodua Kelisa.

Tapi ni bukan pasai kena lingkup

ni cerita kat dalam iklan dlm tv kita dulu

lama dah tak nampak iklan ni

Tapi seingat akulah iklan ni jenis yang dipotong punya

Tapi aku ada iklan yang tidak dipotong punya

Iklan ni punya lawaklah

Hangpa semua mesti kena tengok

Tak tengok RUGI

Saksikanlah Perodua Kelisa vs Dr. Bore





CURRENT MOOD

Jumaat, 7 Ogos 2009

Makna Di sebalik DUN Penang



Kali nih aku akan bagitau kerja sebenar ADUN Penang

DUN Penaga= adun yang jual pegaga
DUN Bertam= adun yang yang jual pelepah 'nyoq' buat bumbung
DUN Pinang Tunggal= adun yang sebatang 'kera'
DUN Permatang Berangan= adun yang suka berangan
DUN Sungai Dua= err..ada dua bini kot
DUN Telok Ayer Tawar= adun yang tak jual teloq masin
DUN Sungai Puyu= adun yang jual ikan puyu
DUN Bagan Jermal= adun yang tangkap ikan pakai bubu
DUN Bagan Dalam= adun yang gemar dok dalam bilik
DUN Seberang Jaya= adun yang berjaya
DUN Permatang Pasir= adun yang curik pasir
DUN Penanti= adun yang sering menanti
DUN Berapit= adun yang jadi pengapit
DUN Machang Bubuk= adun yang suka buah Machang
DUN Padang Lalang= adun yang tak buat kerja (sebab tu tumbuh lalang he..he..)
DUN Perai= adun yang suka bercuti (kalau x percaya tgk la kamus heee...)
DUN Bukit Tengah= adun yang suka jadi orang tengah
DUN Bukit Tambun= adun yang gemuk
DUN Jawi= adun yang pandai baca jawi
DUN Sungai Bakap= adun yang makan ikan bakap
DUN Sungai Acheh= adun yang tinggal di Indon
DUN Tanjung Bunga= adun yang mat tanjung
DUN Air Puteh= adun yang suka minum susu
DUN Kebun Bunga= adun yang jadi mat bunga
DUN Pulau Tikus= adun yang bela banyak tikuih dalam rumah dia
DUN Padang Kota= adun yang suka berperang
DUN Pengkalan Kota= adun yang ada jeti
DUN Komtar= adun yang suka shopping
DUN Dato' Keramat= adun yang alim ulama'
DUN Sungai Pinang= adun yang pengotoq (sebab sg pinang kotoq)
DUN Batu Lancang= adun yang tak senonoh
DUN Seri Delima= adun yang jual buah delima
DUN Air Itam= adun yang suka minum kopi
DUN Paya Terubong= adun yang simpan padi dalam paya
DUN Batu Uban= adun yang beruban
DUN Pantai Jerejak= adun yang suka makan rojak
DUN Batu Maung= adun yang bau busuk
DUN Bayan Lepas= adun yang suka melepaskan burung bayan
DUN Pulau Betong= adun punya bini nama Puteri Buluh Betong
DUN Telok Bahang= adun yang suka bakar teloq

He..he..he.. itulah dia kerja sebenar atau perangai sebenar adun Penang

He..he..sebenarnya atas tu bukanlah kenyataan semata-mata, hanya utk bergurau senda saja

Current Mood


Rabu, 15 Julai 2009

Selepas Membisu


Selama 2 Minggu mendiamkan diri akhirnya muncul jua akhirnya wuah...wuah...wuah...


Sebenarnya aku ada hal masalahnya aku dah nak kena studi


Studi utk STPM nih...


dalam 2, 3 minggu lepas aku stay kat skolah & aku tak da masa nak bukak Komp


Tapi hari nih aku ada masa kerna monthly test sudah habis


Tu x bermakna aku dah free...


Lepas pertengahan tahun mak aku dah tak bagi pi mana-mana dah


Nak keluaq dgn member pun dah tak bley


ntah la kenapa nasib yang menimpa aku nih


aku suka betul tgk Siva member kelas aku, time nak exam dia sentiasa bahagia dan tak pernah susah hati...aku btoi2 envy terhadapnya


Tengok Radzi lagi tensen studi saja, sentiasa buka buku walaupun lepas habis test tadi, aku pun envy terhadapnya juga


ho...ho...ho...aku tiba dengan watak aku dalam FULL METAL ALCHEMIST


Aku ingat jadi watak Ed ka Al ka atau Roy ka tup...tup... aku punya watak adalah SCAR


SCAR yang membenci Ahli Alkimia


Sebenaqnya aku pun tak suka, tentera ahli alkimia sebab depa suma macam anjing tentera wof...wof...


Aku suka Scar ni sebab dia percayakan Tuhan, Ahli2 Alkimia yang lain tak percaya Tuhan...tu yang aku tak suka


Scar pula ada kuasa memusnah, sedangkan ahli2 alkimia yang lain ada kuasa membina semula


Tapi, who care right? Oppss...pasai english ni, aku punya MUET result dapat _______ Fill in the blank with your result...ha...ha...ha...


Tak boleh bagitau, tapi aku akan ambik semula MUET ni hujung tahun


Semua keputusan MUET ini hasil daripada tunjuk ajar teacher kami iaitu Teacher Rozi


Teacher Rozi yang hanya buat speaking praktis setahun hanya sekali, Tapi tahun ni dua kali...agaknya


Ntahlah apa nak jadi ngan MUET aku ni, dah la x reti cakap omputih, dapat cikgu yang sentiasa sibuk walaupun beliau bkn pentadbir-pentadbir


Walau apa pun aku kena dapat ban 4 untuk MUET yang last akan datang nih...Wassalam


Current Mood

Sabtu, 27 Jun 2009

Dunia Kehilangan Seorang Penghibur

Michael Jackson
Beliau penghibur dunia
Beliau merupakan penyanyi pop
Lagunya yang terkenal 'thriller' 'billie jean' 'beat it'
Raja Pop Dunia
Seorang yang penuh dengan kontroversi
Seorang yang penuh dengan misteri
Seorang yang penuh dengan tekanan emosi
Dilanda dengan kisah sendiri
Ditekan oleh bapanya sendiri
Yang mahu beliau mendisiplinkan diri
Akhirnya mengubah dirinya sendiri
Mengikut kemahuannya sendiri
Selepas bertahun mendiamkan diri
Konsert terakhir tidak dapat beliau hajati
Akhirnya beliau sudah tiada dan sudah pergi
Pergi meninggalkan lagendanya tersendiri
Menghadap kepada illahi
Semoga rohnya dicucuri
Alhamdulillah beliau sudah menjadi seorang Muslim
Yang bernama Islam Mikhail
Beliau meninggal pada hari Jumaat
Meninggalkan dunia di hari penuh keberkatan umat Islam






Current Mood

Jumaat, 12 Jun 2009

Tim Bersama Dengan Proton Banger (maksudnya kereta buruk yang bising) selama seminggu.

Masa aku dok merayau dlm internet, aku saja nak tengok video2 dari rancangan Top Gear dengan Fifth Gear (rancangan tv kesukaan aku).

Tiba2 ada satu video yang menarik aku punya perhatian.
Video ni dari rancangan Fifth Gear.

Apa yang menarik perhatiannya sebab ada Proton Saga (lama punya daa...).
Apa lagi aku bukaklah. Wah...ha...ha...ha...punya lawak la video pasai Proton Saga nih.

Nak tau sebabnya...he...he...he...

Ini kisah seorang pengacara tv popular dari Fifth Gear memandu Proton Saga a.k.a. Proton Sport Triple Valve.

Fifth Gear telah membeli sebuah Proton Sport a.k.a. Saga dengan harga 210 pound ataupun kurang RM1500.

Tim salah satu pengacara popular Fifth Gear akan menunjukkan sama ada menggunakan kereta buruk yang bising boleh menjimatkan kos perbelanjaan atau boleh menjatuhkan maruah atau mendapat malu.

Dalam masa seminggu Tim akan menunjukkannya. Adakah eksperimen ini berjaya?

Saksikanlah video Tim Week Banger ini.
Hu...hu...hu...ni dia kereta berhidung dua, Beemer (BMW) M3


Hu...hu...ni kereta kat sebelah Beemer ehm...Proton Saga kitalah a.k.a. Proton Sport Triple Valve

Ni dia Tim dok bawak kereta nih (aik...kereta Saga ni ada sunroof)




P.S. Sori video ni agak kecil tapi masih boleh dilihat, kepada sesiapa yang tak nampak sila pakai kanta pembesar ataupun teropong...ye...







Current Mood

Selasa, 9 Jun 2009

Chitose Hajime really have a unique voice...?

Chitose Hajime merupakan salah satu artis Jepun yang aku suka

Sebabnya, dia mempunyai suara yang sungguh unik yang tiada ada pada artis lain (agaknya...)

Chitose Hajime sering menyanyi lagu rentak indie.

(Paling yang aku suka sekali dia nyanyi lagu2
yang mendamai jiwa, tidak serabut macam lagu rock...>:P memeningkan)

Dengan suaranya, dia boleh menyanyi lagu2 kebudayaan Jepun
(Chitose Hajime meneruskan legasi lagu kebudayaan Jepun...barulah Jepun sejati)

Aku suka dengaq dia nyanyi ending Blood+ iaitu lagu Katari Tsugo Koto

Lagu dia yang paling aku suka Haru No Katami lagu ending Ayakashi
(Lagu kebudayaan dan klasik Jepun...lagu ni macam aku dok pada zaman
samurai, zaman pemerintahan Edo...macam aku jadi samurai la pulak...Hait
kasi kepala putun he...he...he...)

Ini dia punya gambaq


Ini Lagu Haru No Katami (sori tak da visual)




Current Mood

Ahad, 7 Jun 2009

Is This The Brand New Perodua MPV D46T




Ha...Ha...Ha...Akhirnya muncul jugak engkau wahai Perodua MPV D46T tapi adakah engkau dapat mengalahkan Exora...err wait and see.

Ehm...designnya agak menarik but still it was a copying cat from Toyota Passo Sette. Perodua hanya design bumper saja yang lain punya design...ehm paham2 laa.

Aku nak bagitau sedikit dia punya kebaikan. Murah berbanding Exora tak lebih RM66k. Agak kualiti (biasalah bukannya buat sendiri pun). Comel (kaum Hawa pasti suka). Ada kuasa sikit berbanding Myvi iaitu 1500cc. R&D...erm Jepun punya (sebab tu Perodua tak yah buat R&D). Interior design yang cantik mencantumkan dua tona warna iaitu hitam...kot dgn krim (tak macam Exora kelabu saja)

Jika ada kebaikkan pasti ada keburukannya. Keburukannya spt, dgn model asalnya model ini takda individual aircond (panaslah sapa yang dok third row)...Exora ada individual aircond, nak dok depan ka belakang ka semuanya sejuk aja. Seat third row yang paling sempit (kalau setengah tu kata Exora or Unser dia punya third row sempit, tapi model ni pula berkali-kali-kali-kali-kali lagi sempit). Third row seat yang macam papan tp ada la sikit kusyen. (Ntah ntah Perodua boh kerusi papan terus...ha...ha...ha)

Well itu saja, akupun tak leh nak cerita lagi sehingga hari pelancarannya.






Current Mood

Ahad, 10 Mei 2009

Proton Satria Neo CPS baru



Proton Satria Neo CPS merupakan salah satu kereta terbaru Proton. (err...sori lupa pasai kereta ni). Proton Satria dianggap tidak popular di negara ini, tetapi kereta ini dianggap kereta Proton yang terbaik di Britain. Malah ia diberi status 3 bintang oleh majalah Autocar Britain. (nak tau tak, Autocar bagi 2 bintang dekat Proton Waja a.k.a. Impian, Gen.2 1 bintang jerr...Proton Savvy tak payah ambik tau la...).


Akhirnya Proton Satria Neo CPS telah dilancarkan pada 13 Febuari...agaknya. Proton Satria Neo CPS merupakan kereta yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, walaupun ia tidak sepanas Proton Exora. Dia punya max speed sama je dengan Satria biasa Satria Lite dgn Satria M-Line iaitu 190 km/j untuk transmisi 5 kelajuan manual dan 185 km/j untuk tansmisi automatik 4 kelajuan. Tapi dari segi kuasa kuda CPS mempunyai 125 kuasa kuda manakala IAFM 110 kuasa kuda. Dia punya max output (kW/rpm) 125 hp (93 kW) @ 6500 rpm. Dan torque 150 Nm / 4500 rpm.


Well itu dia...aku dah tak larat nak cerita. Kalau nak lagi dia punya spekifikasi sila lihat di bawah dan klik ye...





Kalau nak gambar lagi klik je... di bawah











Current Mood


Jumaat, 8 Mei 2009

Salah Satu Anime kegemaranku (FULL METAL ALCHEMIST)


Anime Full Metal Alchemist a.k.a. Hagane no Renkinjutsushi ditayangkan

di TV3 dulu tapi sekarang ia ditayangkan di channel Animax

Ini ada sedikit sebanyak tentang salahsatu anime kegemaranku.



manga Hagane no Renkinjutsushi yang dikarya oleh Hiromu Arakawa


Sinopsis Tentang Full Metal Alchemist

Fullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang mencapai teknologi Eropah. Di dunia selari ini, pseudosains alkimia menjadi tumpuan utama, namun ia juga merangkumi unsur fantasi yang tidak didapati dalam alkimia sebenar. Ahli alkimia dunia sebenar cuba membentuk emas daripada logam lain yang kurang bermutu. Di dunia fiksyen siri ini, alkimia merupakan sains membentuk sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation)—berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alchemist Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris.


Mulanya, Edward dan Alphonse Elric merupakan kanak-kanak yang tinggal di kampung Resembool di negara Amestris. Bapa mereka Hohenheim, seorang ahli alkimia berbakat, telah meninggalkan rumah sewaktu Edward masih kecil manakala Alphonse masih bayi. Setahun kemudian, ibu mereka, Trisha Elric, pula meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati. Setelah kehilangan ibu, adik-beradik Elric bercadang untuk cuba menghidupkan semula mendiang ibu mereka melalui alkimia. Mereka mengkaji alkimia dari seorang guru, Izumi lalu menggunakan buku-buku dan catatan yang ditinggalkan bapa mereka untuk mencipta semula bulatan penukaran manusia. Namun, cubaan itu gagal. Sebagai memenuhi Prinsip sama nilai,ia mengambil kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse. Dalam cubaan menyelamatkan adiknya, Edward mengorbankan lengan kanannya untuk menghidupkan roh adiknya dalam baju zirah. Selepas itu, Kaki kiri dan lengan kanan Edward diganti dengan dua set Automail, sejenis anggota badan prostetik yang canggih. Dalam asalan bahasa Jepun, istilah "Fullmetal" merujuk kepada seorang yang degil. Dalam siri istilah itu sering disalah anggap oleh watak kecil kepada anggota badan gantian Edward atau baju zirah Al.


Seorang "Alchemist Negara" bernama Roy Mustang tiba ketika kejadian penukaran manusia yang gagal tersebut sebagai balasan kepada surat-surat yang pernah dihantar adik-beradik tersebut bagi tujuan memperoleh maklumat mengenai bapa mereka (dengan berharap agar mereka memujuk bapa mereka pulang ke rumah). (Perhatian: Peristiwa ini berlaku secara berbeza dalam versi manga, yang mana Mustang ditugaskan mencari Alchemist Negara yang baru setelah kejadian malapetaka di Ishbal telah mengakibatkan kebanyakan Alchemist Negara berasa malu dan marah lalu meninggalkan angkatan tentera. Satu kesilapan penaipan dalam rekod tentera menyebabkan Mustang yang pergi ke Risembool untuk mencari "Edward Elric, berumur 31 tahun" terkilan setelah terjumpa seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, namun tetap menawarkan kerja tersebut.)


Setelah memerhati kepakaran alkimia mereka, Mustang bercadang agar kedua-dua adik-beradik tersebut boleh mencapai impian mereka dengan menjadi Alchemist Negara dan berkhidmat untuknya. Setelah digalakkan dengan cadangan Mustang, Edward bersetuju menyahutnya, lalu dibolehkan menggunakan sumber-sumber yang disediakan untuk Alchemist Negara untuk menemui cara memulihkan kehilangannya serta adiknya. Adik-beradik tersebut kemudian mengetahui perihal "Batu Falsafah" lalu mula mencarinya sebagai cara memulihkan badan mereka. Dalam perjalanan tersebut mereka menemui rahsia-rahsia Batu Falsafah yang tidak ingin diketahui mereka, serta mencari orang lain yang turut mencarinya, melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan batu tersebut.


Nak gambar lagi ada di bawah lerr...









Oppss... terlupa pulak pasai dia punya karakter...sorry...he...he...he...


Edward Elric: Protagonis utama ini merupakan Fullmetal Alchemist yang masyhur, meskipun Al kadang-kadang disalah rujuk oleh orang lain sebagai Edward gara-gara badan berperisainya. Edward mempunyai lengan dan kaki gantian buatan automail, bersaiz pendek, dan sering naik angin apabila terdengar komen mengenai ketinggiannya. Dia amat dikenali sebagai Alchemist Negara termuda.

Alphonse Elric: Alphonse, atau "Al", protagonis kedua cereka ini; dia adalah adik lelaki Edward. Sepanjang siri ini rohnya terkurung dalam sebuah baju zirah menyebabkan watak-watak lain dalam siri ini tersilap tafsir Al sebagai "Fullmetal" Alchemist. Selain itu, Alphonse lebih tenang berbanding abangnya.


Nih dia punya ending, band sid, tajuknya uso.






dia punya opening tak da, lagu Again, Yui nyanyi tu...(TAK GUNA...arghhh...)


Current Mood

Khamis, 7 Mei 2009

Proton Exora, kereta pelbagai guna pertama Malaysia yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia akhirnya dilancarkan pada 15 April 2009. Pembangunan model ini hanya mengambil 18 bulan sahaja jika dibandingkan dengan Proton Gen.2 yang mengambil masa 22 atau 23 bulan ermm..mungkin, not surelah. Perkataan Exora merupakan perkataan Ixora iaitu bunga Ixora (yang selalu aku dok rasa madu dia...tapi apa pun tak dapat...hampeh). Sebenarnya aku suka Exora ni tapi, enjinnya yang agak kecil berbanding dengan Naza Citra 2000cc dan Nissan Grand Livina. Walaupun Proton mendakwa ruang tempat letak enjinnya boleh memuatkan enjin kapasiti 2500cc besrta V6, tapi depa saja nak jimat, depa boh la enjin 1600cc tu. Tetapi enjin 1600cc ini dilihat agak kecil tetapi enjin ini mempunyai teknologi CPS iaitu mempunyai 125 kuasa kuda. Enjin ini mempunyai kuasa kuda yang lebih berbanding Chevrolet Optra 1800cc yang hanya mempunyai 118 kuasa kuda.

Design dia agak cantik, terutama sekali di bahagian hadapan, macam Jazz tu... Tapi aku tak suka design belakang, macam Avanza daa...(aku tak suka Avanza, macam van). Nak tengok Exora yang lebih menggiurkan.



Ini dia Exora jenis Prestij kot...cantik tuu...


Wartawan : Mana Dato' Seri Najib?


Pengawal: Nak cari Najib?


Wartawan : Ya, di mana beliau?


Pengawal : Beliau ada di dalam, dok kat belakang, harap-harap dia tak tersekat kat belakang.


Wartawan : Kenapa?


Pengawal : Belakang Exora ni agak sempit sedikit, tapi boleh kot dia duduk.


Wartawan : Yakah. Eh, kenapa tu?


Pengawal : Haa... dia tersangkut daa...tinggi sangat dia tu.


( he...he...he...ini adalah sketsa semata-mata tiada sesiapa pun yang terlibat didalam sketsa di atas, harap maaf jika menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menyempurnakan majlis pelancaran Proton Exora pada 15 April 2009)

Nak lagi, aku ada lagi satu




Haa... ni dia Exora spesis prime. Cantik, especially dia punya rim. Tapi aku suka Exora prestige lagi... I like it...

Ini sedikit sebanyak tentang dia punya spekifikasi sila klik di bawah


I like to CONGRAT to PROTON. Well done, awak sudah lakukan yang terbaik kali ini, lagi sekali TAHNIAH diucapkan. BRAVO.

Current Mood

Magic Folder

Nak tengok cara melipat baju paling mudah. Ini caranya(di bawah ler...)




Current Mood

Rabu, 6 Mei 2009

Kelisa kena Siksa





Current Mood