THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 17 Disember 2009

Aku Kembali


Akhirnya koneksion internet berjaya disambung oleh org-org kat celcom

(ed kerja kat celcom kerr...)

Kembalinya aku ke dunia komputer setelah sekian lama dihalang oleh mak aku

Tapi apa yang plg best skali EXAM OVERRRRRR.....


(apeke bendenyerr tu...keadaan aku slps exam)

Sekarang aku dah boleh tido atas buku-buku aku huah...huah...huah...


Bolehla aku tgk tv dgn senang hati

online dgn senang hati

dan lain-lain lagi dgn senang hati

aku boleh enjoy tp utk bln ni jerrr...Lepas tu kena cari kerja la

Aku tak da nak cita apa sbb tgh kosong kepala aku nih

skrg ni aku dok tgh sibok buat kerja lain

(sibuk dok atur menu nak makan kat penang)

SAYONARA


current mood

Khamis, 22 Oktober 2009

Aku akan Lenyap buat sementara


Untuk menghadapi STPM yang baka
l aku hadapi

Aku akan mematikan sementara blog ini

Aku akan kembali lepas STPM

Insyallah...Insyallah

Tapi aku naka tulis gak sesuatu sblm aku menidurkan blog aku

Aku nak bagitau salah satu anime yang aku suka iaitu...


SHAKUGAN NO SHANA
EDISI 'SECOND'

Aku memang suka anime ni pasai watak2 dia comei2 espasially Shana

Cita ni pasai api saja dan err...cinta

cita ni ada macm spesis power api ada yg merah, perak, ungu, dll

Shana punya power, api merah

Err...stakat tu saja aku blh cita sikit ttg Shakugan No Shana Second

CEPAT TUMPUKAN PERHATIAN DI PAPAN HITAM JANGAN NAK TIDO AJA
Well aku nak bagi menate aku ni tido dgn bagi ubat pelali

sukkkh....toin..."adoiiii...err ngantoknya ahh...mcm tak boleh nak gerak...baik aku tid....ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...-_-z" kata blog aku.


Current Mood

Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Eudulfitri



Wah sudah sebulan kita berpuasa ya

Akhirnya kita menyambut hari kemenangan kita

Hari Raya Aidilfitri

Apakah yang dimaksudkan dengan Aidilfitri?

Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah

Sebenaqnya kita ni umpama komputerlah

Komputer yang kena virus

Biasalah kalau kena virus lambat nak buat kerjalah, lambat nak bukaklah, dan macam2 lagi yang lambat

Apa kaitannya dengan kita ialah, sebelum Ramadhan kita selalu semayang lambatlah, lambat nak buat amal ibadat...(aku ler tu -_-"), kadang2 terus tak semayang, sebab tulah aku anggap kita macam komputer

Tapi komputer ada anti-virus

Samalah jugak dengan kita iaitu anti-virus yang terhebat iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK

Time Ramadhanlah kita buat macam2 ibadat, umpama mengajar kita utk semayang slalu, buat banyak amal jariah, dan lain2 lagi

Bila kita diantiviruskan oleh Ramadhan kita mula kembali kepada fitrah yang sebenaqnya

Sebab itulah ia dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfitri

Hmmm...bila mai time raya tu dia macam2 perkara yang berlaku

Apa yang paling best skali time makan ketupat la

Makan ketupat dengan rendang mak aku buat perghhh...

Macam2 spesis biskut pun ada, sampai tak terkira banyaknya

Apa yang paling best ialah ziarah-menziarahi

main bunga api (mercun tak bley mak aku tak bagi)

Apa yang penting sling bermaaf-maafan

OLEH ITU, AKU NAK MINTA AMPUN DAN MAAF ZAHIRIAH DAN BATINIAH DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI KEPADA KELUARGAKU, MEMBER-MEMBERKU, CIKGU-CIKGU YANG MENGAJARKU SELAMA AKU HIDUP, DAN KEPADA PARA PEMBACA BLOG NIH, JIKA BERKELAKUAN YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN, CAKAP YANG TAK SEPATUTNYA DICAKAPKAN, DAN TULIS APA YANG TIDAK SEPATUTNYA TULIS





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KHAS DARI AKU SENDIRIK

Current Mood

Sabtu, 22 Ogos 2009

Perodua Kelisa Lawan Dr. Bore




Masa aku dok merayau kat Paultan aku terjumpak satu klip video pasai Perodua Kelisa.

Tapi ni bukan pasai kena lingkup

ni cerita kat dalam iklan dlm tv kita dulu

lama dah tak nampak iklan ni

Tapi seingat akulah iklan ni jenis yang dipotong punya

Tapi aku ada iklan yang tidak dipotong punya

Iklan ni punya lawaklah

Hangpa semua mesti kena tengok

Tak tengok RUGI

Saksikanlah Perodua Kelisa vs Dr. Bore





CURRENT MOOD

Jumaat, 7 Ogos 2009

Makna Di sebalik DUN Penang



Kali nih aku akan bagitau kerja sebenar ADUN Penang

DUN Penaga= adun yang jual pegaga
DUN Bertam= adun yang yang jual pelepah 'nyoq' buat bumbung
DUN Pinang Tunggal= adun yang sebatang 'kera'
DUN Permatang Berangan= adun yang suka berangan
DUN Sungai Dua= err..ada dua bini kot
DUN Telok Ayer Tawar= adun yang tak jual teloq masin
DUN Sungai Puyu= adun yang jual ikan puyu
DUN Bagan Jermal= adun yang tangkap ikan pakai bubu
DUN Bagan Dalam= adun yang gemar dok dalam bilik
DUN Seberang Jaya= adun yang berjaya
DUN Permatang Pasir= adun yang curik pasir
DUN Penanti= adun yang sering menanti
DUN Berapit= adun yang jadi pengapit
DUN Machang Bubuk= adun yang suka buah Machang
DUN Padang Lalang= adun yang tak buat kerja (sebab tu tumbuh lalang he..he..)
DUN Perai= adun yang suka bercuti (kalau x percaya tgk la kamus heee...)
DUN Bukit Tengah= adun yang suka jadi orang tengah
DUN Bukit Tambun= adun yang gemuk
DUN Jawi= adun yang pandai baca jawi
DUN Sungai Bakap= adun yang makan ikan bakap
DUN Sungai Acheh= adun yang tinggal di Indon
DUN Tanjung Bunga= adun yang mat tanjung
DUN Air Puteh= adun yang suka minum susu
DUN Kebun Bunga= adun yang jadi mat bunga
DUN Pulau Tikus= adun yang bela banyak tikuih dalam rumah dia
DUN Padang Kota= adun yang suka berperang
DUN Pengkalan Kota= adun yang ada jeti
DUN Komtar= adun yang suka shopping
DUN Dato' Keramat= adun yang alim ulama'
DUN Sungai Pinang= adun yang pengotoq (sebab sg pinang kotoq)
DUN Batu Lancang= adun yang tak senonoh
DUN Seri Delima= adun yang jual buah delima
DUN Air Itam= adun yang suka minum kopi
DUN Paya Terubong= adun yang simpan padi dalam paya
DUN Batu Uban= adun yang beruban
DUN Pantai Jerejak= adun yang suka makan rojak
DUN Batu Maung= adun yang bau busuk
DUN Bayan Lepas= adun yang suka melepaskan burung bayan
DUN Pulau Betong= adun punya bini nama Puteri Buluh Betong
DUN Telok Bahang= adun yang suka bakar teloq

He..he..he.. itulah dia kerja sebenar atau perangai sebenar adun Penang

He..he..sebenarnya atas tu bukanlah kenyataan semata-mata, hanya utk bergurau senda saja

Current Mood


Rabu, 15 Julai 2009

Selepas Membisu


Selama 2 Minggu mendiamkan diri akhirnya muncul jua akhirnya wuah...wuah...wuah...


Sebenarnya aku ada hal masalahnya aku dah nak kena studi


Studi utk STPM nih...


dalam 2, 3 minggu lepas aku stay kat skolah & aku tak da masa nak bukak Komp


Tapi hari nih aku ada masa kerna monthly test sudah habis


Tu x bermakna aku dah free...


Lepas pertengahan tahun mak aku dah tak bagi pi mana-mana dah


Nak keluaq dgn member pun dah tak bley


ntah la kenapa nasib yang menimpa aku nih


aku suka betul tgk Siva member kelas aku, time nak exam dia sentiasa bahagia dan tak pernah susah hati...aku btoi2 envy terhadapnya


Tengok Radzi lagi tensen studi saja, sentiasa buka buku walaupun lepas habis test tadi, aku pun envy terhadapnya juga


ho...ho...ho...aku tiba dengan watak aku dalam FULL METAL ALCHEMIST


Aku ingat jadi watak Ed ka Al ka atau Roy ka tup...tup... aku punya watak adalah SCAR


SCAR yang membenci Ahli Alkimia


Sebenaqnya aku pun tak suka, tentera ahli alkimia sebab depa suma macam anjing tentera wof...wof...


Aku suka Scar ni sebab dia percayakan Tuhan, Ahli2 Alkimia yang lain tak percaya Tuhan...tu yang aku tak suka


Scar pula ada kuasa memusnah, sedangkan ahli2 alkimia yang lain ada kuasa membina semula


Tapi, who care right? Oppss...pasai english ni, aku punya MUET result dapat _______ Fill in the blank with your result...ha...ha...ha...


Tak boleh bagitau, tapi aku akan ambik semula MUET ni hujung tahun


Semua keputusan MUET ini hasil daripada tunjuk ajar teacher kami iaitu Teacher Rozi


Teacher Rozi yang hanya buat speaking praktis setahun hanya sekali, Tapi tahun ni dua kali...agaknya


Ntahlah apa nak jadi ngan MUET aku ni, dah la x reti cakap omputih, dapat cikgu yang sentiasa sibuk walaupun beliau bkn pentadbir-pentadbir


Walau apa pun aku kena dapat ban 4 untuk MUET yang last akan datang nih...Wassalam


Current Mood

Sabtu, 27 Jun 2009

Dunia Kehilangan Seorang Penghibur

Michael Jackson
Beliau penghibur dunia
Beliau merupakan penyanyi pop
Lagunya yang terkenal 'thriller' 'billie jean' 'beat it'
Raja Pop Dunia
Seorang yang penuh dengan kontroversi
Seorang yang penuh dengan misteri
Seorang yang penuh dengan tekanan emosi
Dilanda dengan kisah sendiri
Ditekan oleh bapanya sendiri
Yang mahu beliau mendisiplinkan diri
Akhirnya mengubah dirinya sendiri
Mengikut kemahuannya sendiri
Selepas bertahun mendiamkan diri
Konsert terakhir tidak dapat beliau hajati
Akhirnya beliau sudah tiada dan sudah pergi
Pergi meninggalkan lagendanya tersendiri
Menghadap kepada illahi
Semoga rohnya dicucuri
Alhamdulillah beliau sudah menjadi seorang Muslim
Yang bernama Islam Mikhail
Beliau meninggal pada hari Jumaat
Meninggalkan dunia di hari penuh keberkatan umat Islam






Current Mood